Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Sakit yang teramat :')
25 March 2014 | 21:12 | 0 comments
//Assalammualaikum

Harini dah masuk hari ketiga cuti sekolah ya. Tapi satu kerja sekolah pun aku tak sentuh. Hm, pemalasnya aku ni kan :'/ Nanti kena rembat dengan cikgu Khalif habis punah ranah.

Semalam irfan tidur awal

 Dia tidur pukul 11 lebih. Then aku call dia sampai dia angkat. Maybe dia mengantuk sangat kot. Then pukul 3 lebih dia ada missed call aku, tapi aku takperasan. Kira - kira 6 minit macam tu. Dia message aku baru aku tersedar. Sebab ringtone aku kuat kot. Intro lagu Yuna// Mermaid beralun kat phone aku tuh. Aku pun tersedar. Aku baca aku balas, dengan rasa mengantuk yang amat sangat aku paksa mata aku ni buka and balas text dia. Dia ajak otp tapi aku tersangat lah mengantuk, aku takut tak terlayan je dia nanti. Tapi entahlah. Then bila aku dah ambik mood mata dah segar. Aku ajak dia otp. Dia pulak menolak. Dia kata suruh aku save kredit untuk text esok. Padahal sampai sekarang satu text dia pun takmasuk. Hmm :') 

Saya dah biasa ditinggalkan sorang sorang macam ni. Dah biasa sangat! :')

 Last text aku tu terus dia takreply sampai sekarang ni. Dah 11:46AM. Dia selalu akan balas text aku pukul 10 lebih. Tapi, penantianku sia sia. Tak apa lah. Maybe dia busy, jangan diganggu takut nanti saya ni kena makan maki. Aku ni tak kuat kena maki sebenarnya. Tapi disebabkan sabar aku ni boleh tahan tingginya aku sabar selagi boleh.

Penantianku sia sia rupanya :')

Tadi aku tak ada kerja. Bosan yang amat melampau. Masuk wechat pun sebab nak check noti and update jeh. And then aku off data. Aku masuk whatsapp. Aku baca balik text text lama aku dengan irfan. Ya Allah, sakit sangat hati aku masa tu. Hampir menangis bila baca text dia yang ada unsur 'bengis' tu. Sial, bodoh, bangang semua ada. Tapi yang paling aku terasa and sangat sangat tak dapat tahan air mata. Message yang dia cakap "Aku takmalu nak cakap yang aku menyesal couple dengan kau" Ya Allah, sebak nya dada aku time tu. Walaupun tu text lama, tapi kesannya sangat sangat mendalam. Dia cakap tanpa fikir. Dia taktahu yang ayat tu boleh buat aku sakit yang teramat. Kalau dia tahu rasa aakit hati aku ni macam mana. Dia pun tak akan sanggup tahan. Hati ni dah terlampau banyak luka, sumpah sakit sangat sayang :'(

So then, aku teruskan baca whatsapp aku dengan irfan tu. I can see betapa tabahnya aku nak dapatkan cinta dia balik masa tu. Tapi dia macam endah tak endah. Disebabkan rasa sayang ni masih kuat. Aku still pujuk dia walaupun 'Sial, bodoh, perempuan gatal' yang aku dapat :')

Bila aku ingat balik malam tu. Aku gaduh dengan dia, aku try pujuk dia. Dia still dengan sikap panas baran and ego tu. Aku ingatlagi masa dia nak hantar aku balik. Aku menangis masa tu, aku letak kepala aku atas bahu dia tapi dia endah tak endah. Aku peluk dia, dia rentap tangan aku dia tolak! Sedihnya aku masa tu bukan kepalang lagi. Sakitnya jasad aku masa tu cuma aku yang tahu.

Did you still remember sayang how you treat me that night? :'(

Banyak. Banyak sangat memori yang susah aku nak lupakan. First date masa dekat Tanjung harapan, dia layan aku macam budak budak masa tu. But, I like the way he treat me.  Masa dekat botanic :') Kita jalan satu taman tu sampai dia kepenatan. Masa first time kita bersua depan mata. Time tu orang demam kan sayang? Ya, masa tu kita masih berkawan lagi. Orang ingat lagi dia duduk bawah lampu kat lorong sebelah lorong orang. Orang tak kenal dia masa tu. And orang tak tahu rupa dia macam mana. Orang just tahu dia naik z biru. Mula mula orang tengok dia tu, comel. Dia pakai cermin mata orang tak ingat dia pakai baju warna apa. Tapi dia comel, badan tuff eh bukan tuff tapi cabi. You're cute that time sayang!

Masa kita berkawan tu. Dia selalu contact orang, time kita rapat tu. Dia hantar air badak and panadol dekat orang kan? :') and tak lupa jugak nasi pattaya. Hmm :') and some fries. Orang habiskan kot semua tu. Tapi, fries tu orang taklarat dah nak telan.

Banyak sangat sayang sweet memories kita. Tapi yang paling orang takdapat lupa the worst memory. Cara dia berkasar dengan orang. Sakit sayang orang masa tu. Sakit sangat :'(