Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Kau tiada disaat aku memerlukan.
23 June 2014 | 06:48 | 0 comments
//Assalammualaikum


Aku gaduh dengan mak aku, entah apa yang dia tak puas hati dengan aku pun aku taktahu. Kekadang macam nak pecah fikir pasal benda tu. Masa baru lepas balik dari Stadium, aku terus gerak pergi rumah Irfan. Memang dah jadi kebiasaan aku jenguk rumah dia masa dia tak kerja. So aku pun nak cepat cepat balik dari stadium semata mata nak jumpa jantunf hati aku tu. 

Masa datang rumah Irfan, okaylah perangai dia macam biasa. Lama sikit mesti dia main game, memang betul tekaan aku. Selang 10,20 minit dia main game. Lastly aku melayan adik sedara dia si Khadir tu daripada termenung masa hadapan. Sampai lah si Khadir tu balik, aku melayan pulak Mama Irfan. Dia ajak aku pergi depan lorong nak ambik rambutan. Tapi sebelum tu pergi belakang rumah nenek Irfan cari apa entah nama benda tu. 


Nafas aku panas kenapa eh?


Pukul 6:20 aku gerak balik. Tapi sebelum tu singgah petron kejap. Masa aku mak turun dari moto kt petron tu. Aku maybe tergengam kuat bahu Irfan cause helmet yang aku pegang and beg yg silang kat badan aku tu. Buat aku rasa macam tak stabil berat sangat. Dia marah, aku masa tu macam entah, terus speechless. Padahal alu bukan sengaja tersakitkan kan bahu dia tu. Time dia isi minyak aku pandang je tempat lain, aku taknak pandang dia. Macam nak menangis tapi aku tahan.  Then tetibe dia cari topik dia cakap pasal kerja pula. Aku macam nak taknak melayan cause still terasa dia marah tadi. 

Masa otw balik. Aku diam, senyap seribu bahasa. Dia mula topik cakap itu ini, tapi aku jawab sinis cause benda tu macam entah aku tak rasa macam masuk akal. Aku menahannnn! Air mata aku dari jatuh. Aku menyorok kt belakang kepala dia, taknak bagi dia ternampak muka aku kat side mirror ke apa. Masa dah masuk kampung delek, pinggang aku tetibe sakit, attack dari pinggang sampai tengkuk lenguh semacam. Lagi tambah aku macam nak menangis tahan sakit! Hm.

Masa dah sampai depan lorong aku salam dia aku terus jalan masuk, keadaan masa tum macam sedih aa, sebab aku jawab soalan dia dengan nada kasar. Aku jalan masuk lorong aku dia panggil 'Mok' aku pandang aku lambai. Hm, rasa macam sebesalah buat dia macam tu sebab benda kecik macam tu je. Hati perempuan memamg macam ni.

Dah sampai rumah mak tetibe membebel dengan aku, aku diam je. Sampai satu tahap alu takboleh sabar sebab dia cakap aku bukan bukan aku terus masuk bilik. Aku kunci aku duduk kat tepi katil aku menangis. Then tetibe ada pula kucing aku si Oli dalam bilik aku ni. Dia nak keluar, aku bukak sikit pintu bilik aku nak bagi dia keluar, masa tu aku still menangis cause oli still taknak keluar, dia tunggu aku keluar baru dia nak keluar, maybe dia lapar. Tetibe adik aku tolak pintu, adik aku nampak air mata aku, cepat cepat aku kesat. Aku berlagak macam tak ada benda jadi.

Adik aku takbanyak cakap lepas dia nampak air mata aku. Dia pun berpura pura macam taknampak apa apa. Dia terus keluar then tutup pintu. Aku terus kunci, aku naik atas katil aku duduk aku menangis semahu mahumyaa! Aku terasa sangat dengan mak sebab cakap aku macam tu. Dia takpernah nampak benda baik yang aku buat, dia cuma nampak benda buruk. Aku terus text Irfan cakap jangan contact aku harini, sebab aku taknak sesape ganggu aku. Makin lama aku menangis aku jadi macam 'I need him to share this story, can't keep all of this feeling alone. Its hurt' Aku call, but no answer. Phone dia mati, aku text pun taklepas. Aku jadi macam tak keruan. Aku menangis lagi, sampai aku tertidur...

When I'm awake. I was hoping for a text or a call from him tapi tak ada. Start thinking, 'Dia memang tak kisah ke aku menangis setengah mati macam ni, aku macam tak wujud je kenapa? Oh, game. Aku rasa dia busy dengan game dia. And game tu lagi penting dari aku yang lemah ni' He got my text I know it, mesti masa dia on phone dia dapat missed call dari aku. Kenapa dia tak call balik,kenapa dia tak tanya kenapa aku jadi macam ni. Kenapa dia biar, kenapa dia tak ambil kesah? Memang dalam hal ni dia tak salah tapi aku terasa. Masa aku ada call dia tu aku still dalam keadaan menangis teresak esak. Aku nak sangat cerita kat dia, aku nak dia dengar keluhan aku tapi cuma harapan aku yang menggunung tinggi. Aku menangis sampai tertidur.

Mata bengkak.


Update blog ni pun aku still menangjs. Hm what should I do. No one cares about me, no one.