Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Kotak pemikiran.
29 June 2014 | 22:39 | 0 comments
// Assalammualaikum

Bulan puasa ni tak elok menangis kan :') Aku menangis, maaf. Tak dapat tahan tangisan diri sendiri. 

Just tertanya kenapa perlu dia 'Hide last seen' dari aku? Apa yang nak ditakutkan? Sampai last seen pun nak hide? Kalau bukan nak hide dari aku nak hide dari siapa? Kau hide last seen lagi buat aku fikir bukan bukan tahu? Kau taktahu. Kau cuma tahu marah bila aku jadi macam ni. Kau bukan nak terangkan kenapa. 

Kenapa perlu marah bila aku fikir bukan bukan? Kenapa? Marah tu bagi aku macam kau tengah sorokkan something, tapi aku tak ada bukti nak cakap kau sorokkan sesuatu dari aku. Aku tak suka tuduh tanpa selidik dahulu benda yang aku takut tu.



Aku takut sangat kau curang.



Aku takut kau curang sebab, aku dah terlampau setia dalam hubungan yang kita bina ni. Bila aku dah setia, macam macam benda yang aku takut. Aku taksuka kau cakap pasal perempuan lain depan aku, pandang atau bermesra. Kalau kawan buat cara macam kawan, bukan macam ada kena mengena dengan perempuan tu.

Aku cepat fikir bukan bukan. Aku lemah dalam semua ni. Banyak benda yang aku dah pendam sebab kau taknak aku merajuk lagi. So aku diam, sebab itu yang kau nak. Kau rimas dengan perangai aku yang dulu, merajuk tak tentu pasal. Okay, aku ikut. Tapi negative thinking aku tak akan pernah hilang sebab benda tu yang buat hubungan ni kukuh, nampak macam kongkong kau. Tapi tak, tu semua berkenaan diri aku. Aku yang handle semua tu. Aku takpernah nak halamg kau keluar, kau pergi keluar dengan member kau ke apa. Tapi bila kau keluar dengan member kau, kau tak bagitahu aku. Aku terasa, sebab bila aku keluar kau mengamuk, kau marah sampai kau keluarkan ayat 'Jangan sampai org naik menyampah dengan perangai dia' aku ingat lagi benda tu. Tetap aku dipersalahkan. Kenapa?

Banyak yang aku cuba sekarang. Aku dah mula fikir kehadapan. Aku nak sambung belajar macam yang kau suruh. Okau, aku dah corakkan langkah untuk aku maju. Aku turut apa yang kau suruh, walaupun kau sendiri tahu aku mula mula taknak sambung belajar.


Aku diam.


Kat bazar semalam, ramai perempuan yang pandang kau, siap senyum lagi? Siapa diorang? Kau cakap kau tak kenal? Tapi kau suka bila diorang senyum meleret dengan kau. Kau jangan ingat aku diam aku tak cemburu, masa kat gerai adik sedara kau, kau siap cerita pasal perempuan mana, ada dalam friendlist wechat bagai. Aku kat sebelah kau ni? Aku ni macam tunggul kayu, kau cerita benda tu macam aku ni takde perasaan. Lain if aku ni robot, kau cerita lah apa apa. Memang takde perasaan. Tolonglah, stop buat aku cemburu macam tu. Aku taksuka.

Memang masa kat bazar kau ada pegang tangan aku, tapi aku tak rasa pape. Sebab aku yang mula pegang tangan kau sebab aku takut perempuan lain pandang kau. Tapi tetap ada. Hottest ke kau ni? Bukan. Kau cuma orang biasa.

Kau taknak tanya ke kenapa aku selalu fikir bukan bukan? Kau nak tahu sebab apa? Sebab aku takut kehilangan kau satu hari nanti. Kalau kau hilang aku mesti kau tak kisah kan? Sebab aku banyak buat kau menyampah, sakit hati, marah. And masa kat petron haritu kau marah aku sebab aku genggam bahu kau kuat sangat. Aku ingat.

Dulu kau lain. Kau suka senyum bila aku tersilap langkah. Kau suka cara aku yang agak kelam kabut tu. Bagi kau benda tu nampak kelakar di mata kau. Bagi aku benda tu memalukan aku. Tapi kau tak kisah kau terima aku seadanya. Aku tak pandai macam kau. Aku tak berilmu. Aku tak ada rupa, tak ada harta. Aku cuma aku sekeping hati untuk dijaga. Aku kuat menangis, aku manja. Tapi kau biar bila aku menangis. Aku tak matang. Aku macam budak budak, aku rasa kosong bila aku sesorang. Otak aku tak berhenti berfikir bila semuanya tentang kau. Kau untung sebab ada perempuan yang sanggup sayang kau sampai macam ni. Berterima kasih lah kepala yang Esa. Sebab dia dah turunkan satu nikmat yang tak ternilai. Benda ti 'Kasih sayang' aku. Yang aku curah untuk kau tiap saat.

Aku suka kau, suka tengok senyuman kau. Suka tengok kau ketawa, suka tengok kau leka. Benda tu buat aku jatuh cinta. Cuma ada jugak benda yang aku taksuka dalam diri kau. Harap kau dapat buang benda tu. Sebab aku sedang cuba untuk jadi separuh dari diri kau, and separuh daripada hidup kau.


Jangan seksa hati aku. Tolong hargai aku selagi aku bernafas. Tolong ya :')