Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Temper.
2 July 2014 | 06:14 | 0 comments
// Assalammualaikum


Aku banyak terasa dengan sikap kau yang sekarang..


Kenapa kau selalu naikkan suara kat aku? Before that. Masa kita keluar tadi nak pergi bazar. Masa nak beli air tu, aku ajak kau sebab kau yang kena keluar duit. Aku segan, that why aku tarik lengan kau. Aku segan if kau keluarkan duit untuk aku. Memang salah aku jugak sebab tak bawak duit tadi. Tapi kenapa kau naikkan tengking aku macam tu? 'PERGI JELAH ORDER, PEMALAS NAK MAMPUS!' Kau tahu ayat kau tu bagi kesan yang cukup mendalam untuk diri aku. Aku macam nak menangis, tapi aku tahan. I act like nothing happen as always. 

Masa kat rumah kau. Aku minta maaf sebab terpaksa tolak pelawa mama nak berbuka dengan family kau sekali. Bukan aku taknak, tapi benda ni tiba tiba. Aku nak bagi alasan apa kat mak aku? Tapi kau naikkam suara kau dekat aku sekali lagi 'PERGILAH BALIK! DAH PUKUL BERAPA NI' Aku tahu lah nak balik, takpayah suruh. 

Aku takut dengan kau. Aku takut nak bergurau dengan kau macam dulu. Aku takut nak berkongsi cerita dengan kau sebab aku tahu kau tak akan dengar. Dulu kau pendengar yang cukup baik untuk aku. Kau selalu ada untuk aku. Tapi sekarang tak. Mungkin betul cakap orang orang tua. Lelaki cepat bosan. Aku boleh buat perangai macam kau. Tapi aku takut if kau akan cakap yang kau start bosan, start menyampah dengan aku. Kau just fikir hati kau. Hati aku kau tak kisah. 


Masa aku menangis, ada ke kau disisi aku?


Aku nampak, memang kau mula bosan dengan aku. Perkataan 'Sayang' tu jarang kau ungkap mungkin kau dah bosan. Apa yang aku nampak kau memang dah bosan dengan aku. Kau tak takut if kau hilang aku. Kau tak kisah! Sedangkan aku, terhegeh hegeh menjaga hati kau. Takut kau luahkan semula perkataan yang aku takut nak dengar.


Jangan buat aku menangis lagi. Tolonglah.


Aku menangis dalam diam. Terkenangkan apa yang kau dah buat. Makin lama aku makin takut dengan kau. Takut nak berbicara mata ke mata. Kau selalu mengamuk bila aku buat salah, bila kau buat salah. Aku diam. Aku kunci mulut aku. Aku mengalirkan air mata dalam diam. 

Aku putuskan untuk tak nak berjumpa kau untuk masa terdekat ini. Mungkin 2,3 minggu kau tak akan bersemuka dengan aku. Aku bukan taknak jumpa, aku cuma takut if kau tengking aku lagi. Benda tu bagai kau hiris hati aku. Sakit nya bukan kepalang lagi.

Aku harap kau sedar semua ni. Aku takboleh nak luahkan. Sebab aku tahu kau tak akan dengar. Biarlah aku simpan bisa ni. Biar aku yang tanggung derita sendiri. Aku harap kau sedar satu hari nanti. Betapa aku inginkan hubungan yang aku rindukan sebelum ni.


Kesat air mataku, jangan biarkan ianya mengalir lagi.