Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Tell me the truth.
24 February 2015 | 22:34 | 0 comments
//Assalammualaikum

2, 3 minggu ni aku tak habis habis fikir bukan-bukan pasal irfan.
I just don't get it.

Maybe sebab dia lain macam baru baru ni.

Sometimes, masa tengah okay. Esok pagi nya, aku tersedar pukul 4. Whatsapp dia dari dia guna gambar aku dengan dia, dia tukar gambar dia sorang. Aku pun rasa macam semacam sikit lah. Then bila aku tukar gambar aku balik, tetibe dia pakai gambar kitaorang balik. Pastu bagi alasan tak munasabah, katanya dia tak tukar default profile pun, dia kata tadi dia tukar gmail. Dah nampak dah dia tipu aku kat situ hmm. Aku malas gaduh, aku diam. Aku anggukkan jelah apa dia cakap. Sebab haritu dia cakap dia tak boleh tukar gmail, takut nanti coc pun id dia tak boleh masuk. Ni boleh pulak, aku tak faham. Aku rasa macam ada something dia hide dari aku. Tapi, entahlah.

Pastu dia pun dah jarang jumpa aku. alasan banyak. Dia cuti sabtu, aku cuti ahad. So kekadang dia nak keluar pergi mancing. Aku biarkan, aku bagi dia enjoy dengan member dia.

Baru baru ni, dah jarang sangat dapat whatsapp morning dari dia. Tapi last seen dia jalan, pukul 5,6 pagi. Aku pun taktahu dia chat siapa. Pastu masa kitaorang tengah whatsapp, aku perasan yg dia bukan whatsapp aku sorang, sbb satu dia reply lambat then blue tick aku pun tak jalan. Kira kira 7,8 minit baru dia reply. Depends jugak, kekadang 30minit pun dia tak reply. Last seen jalan macam tu je. Bila aku tanya dia chat siapa, dia jawab, manada chat sape sape. Aku jadi macam entahlah, hmm.

Aku pernah mintak dia screen shoot dia punya whatsapp, dia jawab takboleh screenshoot sebab format phone haritu. Alasan je tu alasan.

Then semalam, masa tengah whatsapp dia, tetibe just single tick. Means dia tak online. Aku try call dia, tapi takdapat. Sebab dia tengah on call. Operator "Sorry, the number that you calling is busy please try again later" lepas 20 min baru dia balas whatsapp aku. Terus aku call, masa aku call tu pun lambat angkat. Kenapa? 

Then bila dah angkat, aku tanya tadi otp siapa dia kata tak otp sesape. Aku jadi macam hilang akal. Nak menipu aku lagi ke apa? Haritu pun masa whatsapp dia lambat balas katanya tengah coc. Masa aku check coc, tak ada tanda tanda pun yang dia ada masuk coc tu. Awak hide apa dari orang sebenarnya? Semalam tu pun, memang hampir nak menangis aku dibuatnya. Tengah aku bercakap dengan dia, dia mention pasal masa dia hantar nasi lemak kat rumah aku. Dia kata if rindu kenapa tak salam, tak tanya dah makan ke belum semua. Tu sebab ada mulut puaka dalam rumah aku, tu sebab aku masuk. If tak, aku borak dengan kau kat luar tu dulu. Pandang kau lelama, kau pun sendiri tahu aku tengah rindu. Tapi apa aku dapat? Ni balasannya.

Masa aku suruh screen shoot call log dia. Dia naikkan nada suara dia tetibe. Aku malas kesah, nak marah, marahlah. Aku just nak tahu dengan siapa dia on call sampai 20min. Bila semalam aku tanya dia kat mana, dia tanya aku balik kenapa. Aku dah mula syak wasangka. Aku tanya sebab aku nak tahu lah. Katanya kat sg.udang. Rumah member dia depan sekolah tu. Hm, boleh percaya ke? Keadaan sunyi semacam masa aku call tu. Selalunya masa aku call bising, pastu cepat cepat nak end call. Aku bukan apa, just pelik if perangai dia berubah ubah macam ni. 

Boleh pulak masa on call dia cakap "Orang cakap kalau dah perangai mcm tu sebelum kawin, apalagi masa kawin nanti" Aku memang speechless habis masa tu. Dah menitis air mata aku masa tu. Memang hampa gila dia cakap macam tu. Hampa sangat! Terus aku cakap "Kalau macam tu, kawin lah dengan orang lain" Ya Allah, sebaknya dada aku masa tu. Air mata mengalir je, then tetibe end call. Kredit aku habis, aku harapkan dia call aku balik, sebab dia dah tak pernah call aku balik. Dulu tu, aku yang selalu call dia, pernah jugak 2,3 kali nak otp, aku dah buat super savers. Katanya esok esok lah, nanti dia yang call. Tapi tak ada pun, sampai ke harini. Janji tu dah jadi abu. Hilang macam tu je ditiup angin.

Ini pun whatsapp aku dari semalam tak reply. Aku tertidur tunggu dia balas whatsapp, sebab dia kata nak otw balik. Tapi till now tak ada reply. Last seen dia je jalan. Aku malas nak whatsapp dia, aku biar. Biar aku sesorang melayan perasaan. Hm.

Aku harap sangat dia tak tipu aku, tapi dah terlalu nampak dia menipu. Aku malas cakap banyak sebab aku sayang. If betul dia curang, aku orang pertama yang akan hilang dari hidup dia, lesap tanpa khabar berita biar aku bawa hati yang sedang menangis menahan kesedihan luka.

Maaf, aku terlampau sayangkan kau sampai aku sendiri yang sakit. 
Sedangkan kau, tak sayang aku macam aku sayangkan kau. Kau sendiri cakap yang kasih sayang kau yang mula pudar sejak aku curang. Sorry, curang? Aku tak curang, tapi aku kuat melayan, sebab kau dulu tak pernah nak luangkan masa untuk aku. Kau busy dengan hidup kau. Aku dengan mamat tu takda apa pun. Kawan ja, otp macam tu. Kau pun dulu ada angkat call perempuan lain kan? Sampai nak sorokkan dari aku. Aku nampak kau slide noti masa tu. Ada missed call. Siap kau simpan number perempuan tu. Retak hati aku masa tu sebab kau marah aku sebab aku cemburu.

Kalau aku memang betul betul curang.

Phone aku tu, aku tak bagi kau pegang. Masa atas moto aku sorok dari kau, sebab aku taknak kau cemburu. Macam kau jugak kan? 

If satu hari nanti, aku hilang tanpa khabar berita, aku harap kau sedar yang aku tengah bersedih and harap kau datang cari aku & buang kesedihan aku. Tapi, aku rasa tu macam angan angan. Sebelum ni aku pernah hilang tanpa khabar berita, tapi kau pun diam seribu bahasa tanpa khabar berita. Menangis aku bila fikir, menangis aku menaip post ni. Menangis! 

Cuma menangis yang mampu melegakan hati seseorang perempuan.