Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Tak sanggup mengejar lagi.
19 August 2015 | 23:37 | 0 comments
//Assalammualaikum

Aku tahu salah silap aku terletak di mana sehingga dia berubah sebegini rupa. Makin hari dia berubah menjadi seseorang yang sangat asing bagi aku. Aku bagai tak mengenali dirinya.

Hampir setiap hari ada saja benda yang akan menjadi topik pergaduhan kami. Dari benda lama sehingga benda yang terjadi hari ini. Aku terasa sangat dengan perubahan ketara yang berlaku pada diri dia. Yang aku perasan, sejak kawan kawan dia menegur dia takutkan awek. Dia mula menjadi seseorang yang ditakuti aku. Ego dia makin melonjak setinggi langit. Apa sahaja fakta yang dikatakan aku tidak dipedulikan dia. Tapi bila fakta yang dia sebutkan dia ingin aku dengar dan ikut. Tapi dengan aku tidak..

Aku terasa bodoh sebab terkejar kejarkan dia. Sedangkan dia, bila aku bersedih merana dia langsung tak endah. Tak mengambil peduli langsung tentang diri aku.

Aku makin tak faham dengan dia bila dia berbicara tentang kesalahan aku dia tolak semua benda yang jadi disebabkan aku. Kerna aku yang memulakan. Aku makin lemah untuk berlawan kata dengannya. Tidak guna menegakkan kebenaran kerna dia tidak mengisahkan soal itu. Dia hanya fikirkan diri dia, dia yang benci dia yang menyampah, dia yang merana. Sedangkan sengsara aku? Tertutup disebalik senyuman kelat yang diukar tiap kali kami bertemu.

Apa yang dia ingin aku lakukan. Aku ikut. Aku turuti kemahuan si dia sebab apa? Sebab aku tak ingin dia sakit, tak pernah sekali nak lihat dia menderita, apalagi menangis. Sungguh aku tak mampu membayangkan dia menangis dia hadapan aku :'(


....................................................................................................................


Sayang. Kenapa awak berubah? Awak dah mula bosan dengan orang? Orang tahu awak dah bosan, orang boleh nampak semua tu bila awak tak lagi datang jumpa orang kat rumah. Tak lari tercari cari kan orang bila orang hilang. Tak mengesat air mata semasa orang menangis. Tak kejar orang bila kita terserempak. Dan, tak lagi ingin berjumpa dengan saya ketika awak ada masa terluang. Saya perasan semua tu. Tapi, saya abaikam perasaan ni sebab taknak bergaduh.

Awak sedar tak? Bila kita bergaduh punca dari awak atau saya. Mesti saya yang datang balik kat awak. Pujuk awak even awak marah. Lakukan apa shj nak sejuk kan hati awak. Tapi pernah jugak awak taknak jumpa dengan orang, awak lari pergi rumah kawan awak. Masa tu, hati saya retak seribu. Sedih sangat sebab dapat rasa yang aku betul betul dah tak perlukan saya macam dulu. Awak lebih sukakan kehidupan sosial awak yang sekarang. Semuanya dah berubah. Awak berubah, keadaan kita berubah, tapi orang tetap macam ni dari dulu. Tak pernah berubah walaupun sikit.

Orang sedih sangat bila awak macam ni. Orang rasa salah orang sebab terlalu manjakan awak dengan pujuk rayu orang. Orang bersalah sebab terlampau sayangkan awak sehingga kesedihan yang orang rasa tiap hari dikaburi dengan kasih sayang orang terhadap awak. Kalau awak nak tahu, orang pernah nekad nak tinggalkan awak sebab orang tengok awak makin menjauh dengan orang. Tapi apa daya diri ini nak melepaskan awak. Orang terlalu sayangkan awak :'(

Maaf. Orang cuma nak awak fikir dalam dalam. Fikir apa yang orang rasa. Awak, awak suruh orang fikir dulu before saying something right? Takut ayat tu memberi luka terdapat hati awak. Tapi, ada awak fikir sesuatu sebelum berbicara. Awak lepaskan ayat amarah awak macam orang ni hati batu. Awak takfikir dulu, awak sembur je. Awak tahu betapa sakitnya hati orang dengar kata kata kesat yang awak cakap tu. Awak sedar tak benda tu bagi impak yang besar kt diri orang. Awak. Awak terlampau fikir diri sendiri. Bila orang terasa awak marah orang sebab terasa pasal benda benda kecik ni. Tapi, bila awak terasa dengan apa yang orang cakap, orang cakap macam orang ni tak pernah merasa apa yang awak rasa. Awak sedar semua tu? Tak. 

Perangai awak makin menonjol. Apa yang orang nasihatkan dulu, awak ungkit sebab awak tak puas hati. Apa yang orang suruh awak jaga dari segi percakapan awak naik baran sampai deny call. Orang suruh awak simpan duit, awak cakap org tak memahami kehidupan awak yg banyak masalah dari segi kewangan. Orang buntu. Apa maksud semua ni? Kita tak dijodohkan untuk bersama ke? Wallah hu alam. Hanya pencipta yang tahu berapa banyak kesedihan yang menimpa diri ni. 

Mungkin bagi awak, kata kata tu tak ada apa apa maksud. Sebab awak lafazkan ketika marah. Tapi bagi saya, apa yang awak cakapkan tu semua datang dari pemikiran awak, benda yang lama sangat untuk awak cakapkan, awak nak sakitkan hati orang. Boleh dikatakan tiap kali gaduh, awak akan cakap benda yang sama yang menyakitkan hati org. Awak tahu macam mana orang menahan sebak dada daripada menitiskan air mata. 

Saya cuma nak awak fikir. Sebab saya tak mampu kejar awak macam dulu. Taknak nampak macam terhegeh hegeh kat awak. Begitu juga awak kan? Awak taknak kawan awak cakap awak takut awek. Apa yang kita rasa sama, cuma berbeza dari segi hati. Maafkan orang bila satu hari nanti orang takreply whatsapp/text awak, tak angkat call awak. Tak endahkan awak, tak beritahu orang kemana. Semua tu semua orang dah penat, penat dengan cuma membetulkan keadaan. Penat menahan kesedihan, penat menangis, penat menanggung derita seorang diri. Diri ini terlampau sayangkan awak sehingga sanggup disakiti beribu kali. Tapi, jika sepanjang awak takdapat menghubungi orang awak dah dapat pengganti baru. Ingin diri ni nak awak tahu bahawa hati yang hancur akan saya bawa hingga mati. Mungkin nafas akan terhenti disitu. Tanpa perlu dikhabarkan kepada awak. Sebab awak dah bahagia. 

Saya terseksa ,😞 terlampau sakit untuk diungkap dengan kata kata. Tapi dapat dilihat dengan mengalirnya air mata di pipi. Harap awak sedar semua ni. Orang rasa tak dihargai 😢