Bonjour, I'm Adda, Irfan wife to be. Well known as Shieyna. Be nice here, do follow me on twitter :) Twitter Follow this blog too :) Follow Me! | Your Dashboard
-IRFAN-


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome
Re-edit : Shieyna Shin


Selamat hari raya En.Tunang
14 July 2016 | 12:48 | 0 comments
//Assalammmualaikum dan Selamat Hari Raya
Dah lama sangat rasanya tak update blog. Jarang sangat on blogger sekarang. 
Now I'm official fiancee to Muhammad Nur Irfan.

 Berdebarr rasanya bila dah bergelar tunang orang. Huhu

Tunang 22/05/2016, dapat dua cincin. Cincin tunang satuuuu, merisik satu. Actually, one ring is enough for me but, my mama mertua nak bagi dua. So terima saja la. Rezeki jangan ditolak

(Gambar raya pertama)

Nak gambar cincin tunanag haritu. Tapi tktahu tercampak kat mana. Jenuh mencari kat dalam phone. Banyak sangat file 

Sebenarnya soal kawin ni takpayah nak megah sangat. Aku jenis tak kisah sangat kenduri kecil kecilan. Asalkan kawin. Itu je, and sebenarnya hantaran ni tak wajib pun. Tapi orang melayu ni yang buat kawin ni jadi perkara yang susah. Contoh hantarannya 10k, mas kawin nya lagi, kenduri nya lagi, baju kawin nya, photographer nya, nak kata membazir amalan syaitan. Melayu kita memang suka membazir. Mungkin?

Tapi aku kena ikut cakap orang tua. Depa ikut adat melayu. Maklumlah, melayu ni banyak sangat mulut. Ada je cerita nya, fitnah bermacam bagai. Kalau tak buat kenduri dikata kedekut lah tak berduit lah macam macam lah. Kalau dibuat kecil kecilan dikata kedekut jugak, kalau dibuat megah pulak dikata belagak pulak. Kan? Biasa dohh.

Tapi alhamdulillah, akhirnya janji yg Encik Irfan ni cakap dulu dah ditunaikan, aku dah jadi tunang dia. Kawin tu inshaALLAH tahun 2018 atau awal. Ada rezeki awal lah ye. 

Kesian jugak aku kat irfan sebab dia kerja siang malam. Masuk pagi balik malam buta, orang cuti dia kerja. Dia kerja orang kerja. Dia push O.T. Tapi okay lah, nampak yg dia serious nak kumpul duit kawin huhu. Kitaorg kenal 2 tahun lebih dah, tak pernah dia nak simpan duit. Hahaha, bila aku bising pasal nak tunang baru dia fikir. Benda tu mematangkan dia.

Tapi aku harap sangat yang dia boleh jadi Suami, and Ayah yang baik untuk aku and anak anak aku masa depan nanti. Aku suka perangai dia yg kuat bekerja cari duit semua. Tapi ada jugak sifat sifat dia yg kurang sedap bagi aku. Aku harap dia ubah satu hari nanti. And harap dia sedar. Insha Allah.

Paling penting, aku nak dia solat 5 waktu, subuh tu bangun, solat then jangan tidur pulak, buat lah kerja sikit ke kan. Tolong mama dia ke. Cuci toilet ke, ceh cuci toilet pula. Kemas bilik ke, kalau lepas solat then tak tidur kan rezeki masuk. Mana tahu awak boleh beli sebiji kereta fav awak ke. Boleh hantar mama dengan abah pergi umrah ke? Kan :)

Aku pula sebok cari kerja baru yang gaji 1200 keatas. Aku cari kerja cuti ahad sebab nanti if aku kerja cuti hari biasa nanti aku menyesal. Sebab, aku fikir on future, bakal husband aku cuti ahad kalau dia kerja pun itu dikira O.T. Aku cari kerja cuti ahad sebab..........nanti dah kawin boleh ajak mak aku pergi jalan2 ke, pergi beli barang ke, sebab mak aku jaga anak orang and cuti pun ahad. So aku teringin nak bawak mak aku jalan jalan. Then ganti ganti lah, ahad ni mak, ahad minggu depan bawak mak mertua pula. Gembira bila fikir. Aku dah malas nak tukar tukar kerja. Penat. So, aku cari kerja yang aku memang OK je.

Doa doa semoga bakal suami saya Muhammad Nur Irfan, dimurahkan rezeki and duit kawin cukup secepatnya. Boleh kawin awal. Huhu. 

Muda sungguh, tunang umur 19, kawin umur 21 or mungkin 20. Kawin muda..Ada jugak dengar cerita pasal kawin muda ni ada negatif positif dia. Yang positif bila dapat anak, anak tu bila dah besar muka dia and kita tak jauh beza. Macam adik beradik ja. Yang negatif, kawin muda ni banyak bercerai sebab pasangan tak memahami and tak cukup matang. Bila baca artikel macam ni. Aku rasa risau. Sebab banyak kali aku gaduh dengan En. tunang. Hm, Harap Allah jauhkkan dari benda tak elok macam tu.
(Gambar raya keberapa entah ni)

Makin bahagia dengan En. tunang, walaupun kekadang ada masalah sikit. Tapi tu biasa lah sebab tak duduk serumah lagi hahaha*malu*


Ni gambar raya ke....tak ingat raya keberapa
Mungkin kelima sebab hari ahad.

Pergi tengok movie tarzan dengan sayang ni. Siap nak makan kenny rogers entah macam ana ejaannya. 60 lebih jugak habis. Ish ish mahal. kalau makan kt mcd or kfc save sikit. Tapi lagi save makan kedai mamak. Hahahaha, tapi mamak pun mahal. Takpelah sayang ni nak sangat makan, sampai cocok duit keluar lagi, teringin sangat agaknya. Aku pulak teringin makan sushi. Nasib baik dapat.



Okaylah, itu sahaja dari saya. Selamat malam. Taktahu lah dapat tahan mata nak kejut sayang bangun solat subuh ke tak. Sabo jela. Goodnight.

.


(Gambar tunang with classmate huhu)

.
Family En.Tunang.